Sistem Pengajian Manabi'ul Ulum

  • SISTEM PENGAJIAN

Terdapat dua sistem yang dilaksanakan di madrasah ini:
1. Sistem persekolahan (Nizomi)
Iaitu sistem pengajian persekolahan biasa bermula dari pukul 7.30 hingga 1.00 tengahari. Sukatan pelajaran yang diajarkan adalah berdasarkan sukatan Ma’had al-Azhar Mesir.

2. Sistem pengajian umumi (Umumi)
Iaitu sistem tradisional yang diwarisi turun-temurun. Dalam sistem ini, guru akan membaca serta menghuraikan isi kandungan kitab, manakala para pelajar mencatatnya. Kitab-kitab yang diajarkan adalah kitab-kitab arab dan jawi klasik.

Muzakarah dan diskusi
Diwajibkan kepada semua pelajar di asrama, di mana beberapa pelajar senior akan dilantik sebagai pembimbing.

  • Kelas-kelas Pengajian Nizomi

Peralihan – Selama satu tahun
Untuk pelajar lepasan darjah 6 serta tidak mampu membaca al-Quran atau jawi.

Tingkatan1, 2 & 3
Selama tiga tahun
(para pelajar lepasan darjah 6 yang berkelayakkan atau setahun yang berada di peralihan di madrasah ini)

Tingkatan 4
Akan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) Negeri Pulau Pinang.

Tingkatan 5
Menduduki peperiksaan SPM.

Tingkatan 6
Akan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

  • Peperiksaan Yang Ditawarkan

SMRA,  SPM & STAM

  • Peluang Melanjutkan Pengajian

Lulusan SIJIL di atas diterima masuk di:
IPTA Tempatan, Universiti al-Azhar (Mesir),Universiti Khartoum (Sudan), Institusi Agama Islam Negeri (IAIN) Indonesia, Ummul Qura (Mekah)

  • Masa Pengajian

Hari Pengajian: Isnin hingga Jumaat

  • Uniform

Jubah putih (lelaki)

Baju kurung, kain hijau dan tudung labuh (perempuan)

  • Tarikh Pendaftaran

Pengambilan penuntut pada awal tahun.

Pelajar yang ingin menduduki tingkatan 2, 3 dan ke atas perlu menduduki ujian kelayakan terlebih dahulu.

  • Siapa Yang Boleh Dihubungi Untuk Urusan Pendaftaran?

Madrasah Manabil Ulum,
Kubang Ulu, Penanti,
14400 Bukit Mertajam, Seberang Perai
Pulau Pinang.
Telefon: 04-5212509

Ustaz Ahmad Mahdi (Pengetua): 013-4487234
Ustaz Mansur: 019-4723390
Ustaz Mujahid: 017-459 1077
Ustaz Mahdi Abdullah: 019-5239509

  • Penempatan Pelajar

Para pelajar akan di tempatkan di asrama atau pondok.


  • Maklumat Bayaran Semasa Pendaftaran
1. Pendaftaran
2. Asrama/Pondok
3. Yuran Am
4. Kitab Kelas/Peperiksaan
5. Almari
6. Tilam
7. Makan
8. Yuran Pengajian Setahun
 
 

  • [DOWNLOAD BORANG