Perlu Sumbangan Segera!! Asrama Lelaki Tidak Boleh Dihuni Akibat Kebakaran

Oleh zain-ys

Kalau dilihat dari luar, kelihatan bangunan baru yang terbakar itu sahaja yang musnah. Sedangkan bangunan asal kelihatan masih elok lagi. Namun bila kita masuk melihat dari dalam, ia sudah tidak boleh dihuni lagi. Menurut ADUN Penanti YB Dr Norlela Arifin yang sentiasa prihatin sejak awal berlakuya kebakaran, maklumat dari pihak JKR jika kebakaran berlaku selama tiga jam atau lebih, besi dalam akan terjejas. Lebih-lebih lagi bangunan asrama ini telah dibina sejak tahun 1988.
 
Memang sebagaimana yang dikata, bila kita melihat gambar-gambar di bawah ini.
 
Ini bermakna bangunan ini tidak selamat lagi untuk dihuni.
 
Ada lebih kurang 124 orang pelajar yang penghuni asrama telah ditempatkan di bilik darjah yang dijadikan sebagai penempatan sementara.
 
Dengan situasi yang digambarkan di atas, mahu ataupun tidak bangunan baru mesti segera dibina. Bantuan kewangan amat diperlukan segera.Kepada mereka yang berhajat untuk menghulurkan bantuan kewangan sila bank-in ke akaun berikut:

Maybank:  007095211998 (MADRASAH MANABI’UL ULUM)

 (Sila maklumkan melalui email: hmdmahdipondok@yahoo.com atau telefon 013-4487234 Ustaz Ahmad Mahdi)

Berikut ini maklumat mengenai Madrasah:
Nama Sekolah: Madrasah Manabiul Ulum
Alamat: MK20 Kubang Ulu, 14400 Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
No. Tel: 04-5212509
Laman web: pondokpenanti.com
Facebook: Madrasah-Manabi-Ul-Ulum-Official
No Pendaftaran: JAIPP/PEND/05M-BM-(M)002
Akaun Maybank: 007095211998 (MADRASAH MANABI’UL ULUM)
Nama Pengetua: Ustaz Ahmad Mahdi bin Abdul Aziz
Nama Pengasas: Sheikh Osman Jalaluddin
Tahun Diasaskan: 1932
Penghuni Asrama Lelaki: 124 Orang | Tingkat Bawah (38 Orang), Tingkat Atas (86)
Pengajian: 70% Arab Berdasarkan Sukatan al-Azhar Mesir & 30% Sukatan Kementerian Pendidikan Malaysia
Pembinaan asrama: Tahun 1988 | Kos Pembinaan: RM100,000.000
Bangunan Tambahan: Tahun 1998 | Kos Pembinaan: RM140,000.000
Tambahan Tandas: Tahun 2000 | Kos Pembinaan: RM60,000.000
Jumlah Pelajar Keseluruhan: 416 Orang
Jumlah Pelajar Lelaki: 284 Orang
Jumlah Pelajar Perempuan: 132 Orang
Tarikh Kebakaran: Rabu, 25 Sept 2013 sekitar selepas Asar
Punca Kebakaran: Masalah Pendawaian 
Anggaran Kerugian: RM300,000.000
Anggaran Kerugian Harta Benda: RM60,000.000
Jumlah Kerugian Keseluruhan:RM360,000.000
Status Bangunan Asrama: Tidak Boleh Dihuni & Memerlukan Pembinaan Bangunan Asrama Baru.
Penempatan Sementara: Para Pelajar Diletakkan Di Surau Sekolah.

Tags: