Mayat Ku Muhammad Ilyas Ku Abdul Halim ditemui 4 petang tadi

Balik Pulau: Mayat Ku Muhammad Ilyas Ku Abdul Halim, 19, yang dipercayai lemas di Pantai Kerachut di sini, dalam kejadian Sabtu lalu ditemui jam 4 petang sebentar tadi.

Mayat mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat yang menjalankan operasi sejak tiga hari lalu dilokasi mangsa dipercayai lemas iaitu Pantai Kerachut, Teluk Bahang, di sini.
Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat.

Dalam kejadian Sabtu lalu, lima orang dihanyut ombak kuat, bagaimanapun dua daripada mereka, Nur Hayati Nasrul, 22, dan Nurul Ain Nabilah Mokthar, 21, berjaya diselamatkan manakala P Yogambigai, 24, meninggal dunia.

Sementara seorang lagi mayat mangsa yang dilaporkan hilang Ashwanpaljit Singh Charnjit Singh, 22, ditemui terapung di pantai itu oleh pasukan menyelamat pada 5 petang,semalam tidak jauh dari lokasi dia dilapor dihanyutkan ombak kuat.
 

Tags: